Hari ni nak kenalkan korang semua dengan sejenis pokok yg ada kat rumah cfu. Haaa gambar2 ni memang amek dekat laman rumah cfu la ni...Cfu cuma nak cerita kelebihan pokok ni aje...(wallahualam)
co teka yg mana satu ni...byk na pokoknyer.. tu yg dalam pasu tu.... |
Nama pokok ni Pokok jarum Tujuh Bilah atau nama saintifik dia Pereskia sacharosa/saecnarosa atau nama lain Bintang tujuh,Pokok kanser,Chat sim Chan. Pokok ni dipanggil Pokok Jarum Tujuh Bilah sebab kat setiap cuut (tak tau nak sebut apa) ada tujuh jarum je katanye...
co bilang jarum nyer ada 7 bilah je setiap cuut tu...wallahualam |
Org kata pokok ni baik untuk mencegah dan mungkin boleh menyembuhkan penyakit cancer (wallahualam..orang kata...). Tapi kakak den ada mengamalkannye la. Kakak cfu ni dah umur 47 tahun, dalam 2 @ 3 tahun lepas dia rasa mcm ada ketulan pada buah dada dia, pastu org cakap la kat dia makan daun tu...dia pun cari dan tanam la pokok tuuu kat rumah dia senang nak petik hari2.
Cara makan :
1. Sebelum nak makan pastikan pokok tu tumbuh bunga dulu, itu syarat nyer. Tah la cfu pun tak tau sebab apa, mungkin itu tempoh matang la kot.
2. petik daunnya sehari sehelai aje, tapi sebelum makan tu basuh la dulu, lalat ke ape ke u_uh kat situ naya je.
3. pastu kunyah mentah2 cam gitu aje. Esok makan lagi sehelai....(actually boleh buat ulam juga tau makan dengan nasi)
Dan Alhamdulillah dia kata ketulan tu makin lama makin kecik dan sekarang ni dah tak ade dah ketul tu. Tapi dia kata x sure la tu ketulan kanser ke apa ka? Anyway mencegah adalah lebih baik kan??
So cfu pun tertarik la, sebab tu cfu tanam kat laman rumah...itu satu je la pokok yg cfu tanam....yang lain2 nye my hubby yg tanam...kah kah kah
pokok ni dah tumbuh bunga so boleh la kunyah |
laman rumah yg byk pokok bunga.. kat atas tu pokok anggur..hehehe |
Utk maklumat lanjut cuba la search kat tempat lain, dekat wikipedia ka, kat mane2 aje...
Petua dari Ustaz Zamdurrani pulak (hari tu tgk Tanyalah Ustaz), so dia bagi la ayat ni untuk mencegah dan mengubati cancer. Baca setiap kali selepas solat Ayat 83, Surah Al-Anbiya'. Pendek je ayat tu cari sendiri deh...
Semoga maklumat ni dapat membantu insan2 diluar sana, apapun semuanya adalah atas keizinanNya.
No comments:
Post a Comment