Followers

Sekilas Kata

Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..







Thursday, 26 May 2011

LAWAK JENAKA 4

KUCING 7 EKOR


Cikgu Ramlah : Jika cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekor kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor cikgu.

Cikgu Ramlah : Cikgu ulang lagi sekali, jika cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekor kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor cikgu.

Cikgu Ramlah : Baik cuba cikgu ubah soalan, jika cikgu beri kamu 2 biji epal, dan 2 biji lagi dan 2 biji lagi, berapa bijikah epal yang kamu ada?

Adik Adam : 6 biji cikgu.

Cikgu Ramlah : Bagus! Sekarang cikgu beri kamu 2 ekor kucing, dan 2 ekor lagi dan 2 ekor lagi, berapa ekorkah kucing yang kamu ada?

Adik Adam : 7 ekor !!!

Cikgu Ramlah (sangat marah) : Mana kamu dapat 7 ekor tu?!!!!

Adik Adam (sangat marah) : Saya sudah ada sekor kat rumah!!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...