Followers

Sekilas Kata

Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..







Monday, 16 May 2011

LAWAK JENAKA 2

Insaf


     Merasa sudah insaf. Mat Joget pergi ke sebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Sedang mendengar ceramah, sebuah tabung derma diedarkan. 
     Mat Joget segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung tersebut. Tiba2 seorang pakcik yg duduk di belakangnya menepuk bahuMat Joget dan memberikannya duit RM200.
     Mat Joget tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan ke dalam tabung derma. Mat Joget menoleh dan merasa kagum dengan kemurahan hati pak cik tu.
     Tidak berapa lama kemudian, pakcik di belakangnya menepuk bahunya sekali lagi sambil membisikkan sesuatu ke telinga Mat Joget.
"Encik, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi," kata pak cik itu tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...