Followers

Sekilas Kata

Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..







Wednesday, 4 May 2011

Lagi Cerita Lawak!!

Seposen

Seorang anak bercerita kepada ayahnya bagaimana dia membayar tambang bas ketika pulang dari sekolah tengah hari tadi.

Anak   :   Ayah, tadi Man balik naik bas.
Ayah   :   Eh, Pak Abu tak jemput Man ke ari ni?
Anak   :   Tak.
Ayah   :   Man ada duit ke nak bayar tambang?
Anak   :   Ada ayah tapi kurang seposen.
Ayah   :   Tambang bas berapa sen?
Anak   :   60 sen.
Ayah   :   Man ada berapa sen?
Anak   :   50 sen sahaja.
Ayah   :   Habis tu, macam mana Man bayar tambang?
Anak   :   Man ada 50 sen, Man buat 'muka seposen'. Cukuplah jumlahnya 60 sen.


Anak Angkat

Herman        :   "Saya dengar Pak Pandir sedang mengikuti kursus bahasa Jepun". "Kenapa?"
Pak Pandir   :   "Kami baru sahaja ambil seorang bayi Jepun berusia sebulan dari rumah anak yatim sebagai   
                        anak angkat kami. Jadi kami bimbang bila sudah besar nanti dia akan bercakap dalam 
                        Bahasa Jepun dengan kami".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...