Followers

Sekilas Kata

Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..







Friday, 29 July 2011


10 perkara yang berlaku ketika perlawanan Malaysia-Singapura


Jumaat, 29 Julai 2011 
Sumber: D5 Sports


KUALA LUMPUR, (D5) - Stadium penuh dan perlawanan bola sepak bagaikan pesta di hujung minggu!

Dalam tempoh 90 minit, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Dan demi menyaksikan 22 pemain merebut satu bola, seluruh negara memberi tumpuan yang sama.  

Biarpun perjuangan pasukan kebangsaan untuk merebut tiket ke Piala Dunia 2014 berakhir di pusingan kedua namun bermacam ragam manusia boleh didapati di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah: 

10. Menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dengan bersemangat.
- Bilakah kita sendiri berpeluang berhimpuan beramai-ramai untuk menyanyikan lagu kebangsaan selepas habis zaman bangku sekolah.

9. Perlunya menghormati lagu kebangsaan negara lawan.

8. Ramai yang mula mengenali identiti Ultras Malaya yang memakai seragam hitam berbanding jersi kebangsaan.

7. Berbanding perlawanan akhir Piala Malaysia @ Piala FA sejak kebelakangan ini, ulat tiket sukar didapati.
- Ramai yang memperjudikan nasib datang ke stadium.

6. 85, 000 tiket yang habis dijual bukannya bermakna anda mendapat tempat duduk.
- Hakikatnya ramai yang terpaksa menonton sambil berdiri di tengah laluan tangga.

5. Siapakah yang memancarkan sinaran laser tersebut?
- Penjaga gol Singapura Mohamad Izwan Mahbub membuat aduan kepada pengadil buat pertama kali pada minit ke-32 menyebabkan permainan terhenti seketika. 

4. Sokongan hanya melibatkan provokasi semasa perlawaan sahaja, penyokong pelawat masih berasa selamat sebaik selesai permainan. 

3. Selepas 45 minit permainan berlangsung, hanya satu letupan mercun kedengaran disusuli dengan ejekan kepada si pelaku. 

2. Ramai yang memberi reaksi positif sekalipun tewas. 

1. Dan yang terakhir yang paling disanjungi, peminat kita masih belum berganjak di saat wisel penamat ditiupkan para pengadil!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...