I'm Sorry
Seorang gadis yang Bahasa Ingerisnya kacau-bilau… suatu hari terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan² di The mall.
Gadis : ” I’m sorry ”
Pelancong : ” I’m sorry, too ”
Si gadis kelihatan bingung kerana tidak faham apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.. dia meneka2 dan terus menjawab..
Gadis : ” I’m sorry. three ”
Pelancong : ” What are you sorry for? ”
Gadis : ” I’m sorry, five ”
Mamak oh Mamak
Suatu hari sedang Ali minum teh di gerai Mamak yang biasa dikunjunginya, tiba-tiba Mamak gerai tersebut bersorak gembira dan terus datang kepadanya.
Ali : Apa yang suka sangat Mamak ni?
Mamak: Saya bini juga surat India mari.
Ali: Apa dia cakap? Tentu good news….
Mamak: Dalam dia punya surat ada cakap sudah beranak. New baby!
Ayo…. saya banyak suka hati la. Saya belanja awak free minum jugak!
Ali: Tahniah! Mamak. Ini kena balik India cepat ni?
Mamak: Ya la, saya sudah tiga tahun tarak balik.
Ali: ?????????????
Tak kena Hukum
Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
Nenek Ani
Nenek Ani dirawat di rumah sakit. Menurut doktornya, asmanya sudah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur oksigen. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dan seperti orang koma. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya memangilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar di doakan. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka nenek Ani bertukar warna biru seolah-olah tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat nenek Ani minta diambilkan kertas dan alat tulis. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh nenek Ani untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil terus berdoa Pak Mudhin langsung menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan Ani. Tak lama kemudian nenek Ani meninggal dunia. Pada hari ketujuh meninggalnya nenek Ani, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah Ani.
Selesai memimpin do’a, Pak Mudhin berbicara, “Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari almarhum nenek Ani yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti nasehat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya”.
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang ternyata berbunyi :
“Mudhin jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku..!”
Selalu Terbangun
Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..
“Mungkin perubatan tradisional akan berhasil” kata doktor.
“Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya anda tertidur…
Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..
“Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?” tanya doktor.
“Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke tujuh saya sudah mula mengantuk.. tapi pada bilangan kedelapan saya akan terbangun kembali” jawab Mike.
Doktor kehairan..
“Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke?!!?”
“Ya, kerana saya adalah seorang peninju !”
Ada Ape Encik?
Seorang penjual roti di langgar sebuah bas. Akibatnya, dia tercampak dari motor rotinya dan masuk ke dalam longkang..
Sementara itu rotinya bertaburan di atas jalan.. Sambil menyapu darah yang mengalir dari kepalanya.. dia terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
“Ada apa encik..? Ada apa ?”
Dengan suara yang perlahan dan dengan merintih kesakitan.. penjual roti itu berkata,
“Adaaaaaa rotii kejuuuuuuu … Adaaaaaa rotii coklaaaattt …”
About Me
Followers
Sekilas Kata
Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..
KERJA KOSONG KERAJAAN !!
Cuaca hari ni
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment