Followers

Sekilas Kata

Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..







Thursday, 1 December 2011

CARA-CARA TERKEJUT !!

Sharing this picture.... just to release after working hours....fuhh!!!


















Tuesday, 22 November 2011

HARIMAU MUDA BENAM GARUDA DI SUKAN SEA INDONESIA!!!!

Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan.


BANGGA BANGAT CFUNET TGK BOLA MALAM TADI. MEMANG DAH REZEKI HARIMAU MUDA DATANG BERGOLEK  BILA BOLA LAST PENALTI  BADROL BERGOLEK SELAMBA MASUK GAWANG GARUDA., DI SAMPING X DINAFIKAN USAHA MERMATI-MATIAN SKUAD  HARIMAU MUDA  SEMASA PERLAWANAN. KALAU KALAH PUN CFUNET TETAP BANGGA SEBAB YOU ALL MAIN DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH2. YANG PALING X SANGKA SEMASA BENDERA MALAYSIA DINAIKKAN, DAN LAGU NEGARAKU DINYANYIKAN, TERDENGAR SUARA2  RAKYAT MALAYSIA DARI APARTMENT DEPAN RUMAH CFUNET PUN NYANYI GAK LAGU NEGARAKU. PENUH BERSEMANGAT DAN BERGEMA SATU TAMAN KEDIAMAN. BANGGA SUNGGU DEN... TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!! 

Thursday, 29 September 2011

KENAL DIRI SENDIRI


Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah.. 
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang

6. Angin
7. Patuh
 

8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981 ( ni bukan besday sy taw)
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
2 : Lembut
8 : Bisnes
1 : Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.
Just For ur Info…

INFO:AIDANATASYA.COM

Thursday, 8 September 2011

BREAKFAST!!!!

Hai!!! jumpa lagi, sori sebab lama x update blog, cfunet kurang sihat, mc + coti 3 minggu beb sampai lah hari ni baru masuk kerja, so mood kerja masih kurang, update blog dulu lah. Tadi baru lepas baca emel ada 182 emel yg terkandas x baca sbb coti lama sgt, hehehe....so sape-sape yg x sempat breakfast sebelum gi keja tu beli lah basikal camni. co tanya kedai basikal Ah Seng kot2 ada jual deh...



Tuesday, 9 August 2011

DIPOTONG TANGAN KERANA MEMBERI SEDEKAH

Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata, “Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas keranaAllah s.w.t.“ Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya.
Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu dia pun berkata, “Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri.”
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, “Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-Ku memberikan kembali akan tangan kananmu itu.”
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan kanan. 


Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu kita. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berkah dan seribu rahmat.”

Friday, 29 July 2011


10 perkara yang berlaku ketika perlawanan Malaysia-Singapura


Jumaat, 29 Julai 2011 
Sumber: D5 Sports


KUALA LUMPUR, (D5) - Stadium penuh dan perlawanan bola sepak bagaikan pesta di hujung minggu!

Dalam tempoh 90 minit, apa sahaja boleh berlaku dalam bola sepak. Dan demi menyaksikan 22 pemain merebut satu bola, seluruh negara memberi tumpuan yang sama.  

Biarpun perjuangan pasukan kebangsaan untuk merebut tiket ke Piala Dunia 2014 berakhir di pusingan kedua namun bermacam ragam manusia boleh didapati di dalam Stadium Nasional Bukit Jalil. 

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah: 

10. Menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku dengan bersemangat.
- Bilakah kita sendiri berpeluang berhimpuan beramai-ramai untuk menyanyikan lagu kebangsaan selepas habis zaman bangku sekolah.

9. Perlunya menghormati lagu kebangsaan negara lawan.

8. Ramai yang mula mengenali identiti Ultras Malaya yang memakai seragam hitam berbanding jersi kebangsaan.

7. Berbanding perlawanan akhir Piala Malaysia @ Piala FA sejak kebelakangan ini, ulat tiket sukar didapati.
- Ramai yang memperjudikan nasib datang ke stadium.

6. 85, 000 tiket yang habis dijual bukannya bermakna anda mendapat tempat duduk.
- Hakikatnya ramai yang terpaksa menonton sambil berdiri di tengah laluan tangga.

5. Siapakah yang memancarkan sinaran laser tersebut?
- Penjaga gol Singapura Mohamad Izwan Mahbub membuat aduan kepada pengadil buat pertama kali pada minit ke-32 menyebabkan permainan terhenti seketika. 

4. Sokongan hanya melibatkan provokasi semasa perlawaan sahaja, penyokong pelawat masih berasa selamat sebaik selesai permainan. 

3. Selepas 45 minit permainan berlangsung, hanya satu letupan mercun kedengaran disusuli dengan ejekan kepada si pelaku. 

2. Ramai yang memberi reaksi positif sekalipun tewas. 

1. Dan yang terakhir yang paling disanjungi, peminat kita masih belum berganjak di saat wisel penamat ditiupkan para pengadil!

HARIMAU MALAYA TIDAK KALAH DI BUKIT JALIL DALAM KELAYAKAN KE 2 PIALA DUNIA 2014









Kesian kat keeper kegemaran cfunet ni, x pa "keeper" cemerlang mlm tadi, memang bukan rezeki  Harimau Malaya lagi untuk tahun ni...apapun Malaysia tak kalah just seri jer 1 -1 ngan singapore....BRAVO!!!

Wednesday, 27 July 2011

7 FAKTA MENARIK BAJU DAGING LADY GAGA



Acara MTV Video Music Awards 2010 memang sudah berakhir. Namun, ia masih meninggalkan kesan buat semua pemenang mahu pun penonton yang telah menyaksikannya secara siaran langsung dari Nokia Theater, Los Angeles, pada 13 September lalu.
Paling meninggalkan kesan ialah apabila penyanyi serta penghibur paling kontroversi di abad ini, Lady GaGa mengenakan baju dagingnya ke acara muzik hiburan yang boleh dianggap cukup berprestij itu.c Sehingga, ia telah mendatangkan kemarahan di kalangan kelompok pembela serta pencinta haiwan, PETA atau People for the Ethical Treatment of Animals.
Tentu ada yang tertanya-tanya, apakah baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa itu dioerbuat daripada daging yang asli. Kalau nak tahu kebenarannya, sila semak 7 fakta tentang baju daging Lady GaGa yang telah direka oleh pereka fesyen, Franc Fernandez ini.

1. Baju daging Lady GaGa menggunakan 100% daging asli

Bukan hanya setakat baju semata-mata, namun baik kasut, tas tangan serta crown atau tiara yang dikenakan oleh Lady GaGa dalam acara itu diperbuat daripada daging asli .
2. Baju daging Lady GaGa tidak berbau hamis atau busuk

Mungkin ramai yang menganggap baju daging yang dikenakan oleh Lady GaGa ini mempunyai bau daging yang sangat kuat serta tidak menyenangkan hidung.
Namun, percaya atau tidak, baju daging ini langsung tidak berbau hamis atau pun busuk. Malah, Lady GaGa sendiri memberitahu bahawa bau daripada baju dagingnya itu sangat manis. Orang yang duduk disekeliling Lady GaGa juga memberitahu bahawa baju daging Lady GaGa tidak berbau busuk.

3. Baju daging Lady GaGa ini sangat berat!

Daging memang jauh lebih berat jika dibandingkan dengan kain, Apatah lagi bila ia menggunakan 100 peratus daging mentah yang asli. Maka, tidak hairanlah kalau baju daging Lady GaGa ini mencapai berat 22.67 kilogram. Hmmm…Patutlah Lady GaGa macam susah nak bergerak pada malam tu. Tapi, walau macamana pun, ia bukanlah satu halangan untuk Lady GaGa bergaya sakan pada malam itu.

4. Daging mentah di baju Lady GaGa harganya murah

Daging yang digunakan untuk membuat bahan baju Lady Gaga ini ternyata murah saja harganya. Ianya juga bukanlah dari jenis daging Gred A. Inilah yang telah dinyatakan oleh tukang jual daging, Peter Cacioppo.
5. Baju daging ini selesa dipakai!

Pada awalnya, pereka fesyen baju daging ini Franc Fernandez bimbang kalau-kalau baju daging ini akan membuatkan Lady GaGa berasa tidak selesa untuk memakainya. Tapi, Lady GaGa beritahu, itu baju paling nyaman yang dikenakannya pada malam itu. Hmmm, betul ke apa yang Lady GaGa cakap ni? Ataukah ia sekadar propa semata-mata?

6. Baju daging Lady GaGa tidak menggunakan bahan pengawet!

Bunyinya macam tidak munasabah. Tapi, hakikatnya, baju daging Lady GaGa ini langsung tidak menggunakan sebarang bahan pengawet untuk menjadikan ia tahan serta tidak berbau. Hebat ya?

7. Baju daging Lady GaGa tidak mempuyai darah

Ini satu lagi persoalan yang mungkin boleh mengundang rasa pelik atau hairan pada semua orang. Tapi, kalau diperhatikan betul-betul, memang tidak ada kesan darah yang menitis keluar dari baju daging Lady GaGa. Bak kata Franc, daging yang digunakan untuk membuat baju Lady GaGa ini bukan saja sangat liat dan kuat tetapi juga bersih.
http://www.murai.com.my/

Wednesday, 20 July 2011

PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA!!!!!!

Asas 5 jari

Jari telunjuk : usus

Jari tengah : Jantung

Jari Manis : Imuniti 

Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang

cuba anda lihat pada ruas jari2 anda...Kalau ruas jari kehitaman tu maknanya badan kita ni penuh dengan racun dan toksik.perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.

seterusnya, kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok system dalaman perempuan kita pulak, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.cube cek tapak tgnmasing2, kalau yang suka marah2 tu mungkin angin dalam badan banyak.sebab itulah selalu rasa nak marah dan naik angin aje.

selain itu, pernah tak sahabat2 mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ke???jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel2 kanser.jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru2.

sekiranya, perut ibu jari adaurat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastric.selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan,sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atautekanan dalam kehidupan sehariannya..

seterusnya,ini saya kira yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba sahabat2 tengok pada kuku setiap jari anda..jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang..tapi berlainan pulak sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yangsihat..insya allah...

wallahu`alam....

(sama2 kita renungkan ini: Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang)

~MORAL: JAGALAH KESIHATAN KITA..IA ANUGERAH YANG TIDAK TERNILAI DARI YANG
MAHA ESA....:-)~ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...