About Me
Followers
Sekilas Kata
Terima kasih kerana melayari blog ini. Apapun yang dipaparkan bukanlah bertujuan menyinggung mana-mana pihak. Semuanya adalah secara kebetulan sahaja. Anggaplah semuanya sebagai hiburan, pengetahuan dan pengajaran bagi kita semua. Be my follower deh..
KERJA KOSONG KERAJAAN !!
Cuaca hari ni
Thursday, 13 September 2012
Friday, 30 March 2012
BUAT TATAPAN SEORANG IBU (ME TOO..HEHEHE)
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, makaberistighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkanbaginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya1,000 kejahatan.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka AllahS.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalanAllah S.W.T.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripadadosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiapsatu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yangsakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdeka kannya70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T
Friday, 23 March 2012
10 AMALAN MURAH REZEKI
10 Amalan Murah Rezeki
Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberianNya…
1. Menyempatkan diri untuk beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Wednesday, 7 December 2011
Thursday, 1 December 2011
Tuesday, 22 November 2011
HARIMAU MUDA BENAM GARUDA DI SUKAN SEA INDONESIA!!!!
![]() |
| Mohd. Asraruddin Omar menjerit kegembiraan selepas menjaringkan gol penyamaan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Malaysia menang 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat dalam masa tambahan. BANGGA BANGAT CFUNET TGK BOLA MALAM TADI. MEMANG DAH REZEKI HARIMAU MUDA DATANG BERGOLEK BILA BOLA LAST PENALTI BADROL BERGOLEK SELAMBA MASUK GAWANG GARUDA., DI SAMPING X DINAFIKAN USAHA MERMATI-MATIAN SKUAD HARIMAU MUDA SEMASA PERLAWANAN. KALAU KALAH PUN CFUNET TETAP BANGGA SEBAB YOU ALL MAIN DENGAN PENUH BERSEMANGAT DAN BERSUNGGUH2. YANG PALING X SANGKA SEMASA BENDERA MALAYSIA DINAIKKAN, DAN LAGU NEGARAKU DINYANYIKAN, TERDENGAR SUARA2 RAKYAT MALAYSIA DARI APARTMENT DEPAN RUMAH CFUNET PUN NYANYI GAK LAGU NEGARAKU. PENUH BERSEMANGAT DAN BERGEMA SATU TAMAN KEDIAMAN. BANGGA SUNGGU DEN... TAHNIAH HARIMAU MUDA!!!! |
Thursday, 29 September 2011
KENAL DIRI SENDIRI
Tips Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari Dr.Fadzilah Kamsah..
1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981 ( ni bukan besday sy taw)
2 + 0 = 2
Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti :
2 + 6 = 8
Maka kotak kedua adalah 8..Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1
Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..
hasilnya..
2 : Lembut
8 : Bisnes
1 : Pemimpin
8 : Bisnes
1 : Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.
Just For ur Info…
INFO:AIDANATASYA.COM
Monday, 12 September 2011
Thursday, 8 September 2011
BREAKFAST!!!!
Hai!!! jumpa lagi, sori sebab lama x update blog, cfunet kurang sihat, mc + coti 3 minggu beb sampai lah hari ni baru masuk kerja, so mood kerja masih kurang, update blog dulu lah. Tadi baru lepas baca emel ada 182 emel yg terkandas x baca sbb coti lama sgt, hehehe....so sape-sape yg x sempat breakfast sebelum gi keja tu beli lah basikal camni. co tanya kedai basikal Ah Seng kot2 ada jual deh...
Subscribe to:
Posts (Atom)
















































